BANTUANBKMTarikh Pembayaran

BKM Fasa 1 – Tarikh Akhir Bayaran Pada 8 April 2022

Untuk makluman umum, pembayaran fasa 1 BKM 2022 sudah mula diagihkan secara kredit terus ke akaun penerima.

Pembayaran fasa 1 BKM telah bermula pada 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 secara berperingkat. Sekiranya ada lulus BKM fasa 1 tetapi masih belum menerima bayaran, sila semak sehingga tarikh akhir bayaran pada 8 April 2022. Ini kerana pembayaran BKM fasa 1 diagihkan secara berperingkat.

Cara Pembayaran

Di bawah ialah kaedah bayaran BKM fasa 1 2022 seperti berikut :

  • Kategori Bujang, Isi rumah dan Warga emas – Pembayaran secara terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing
  • Kepada penerima yang status gagal kredit atau tidak mempunyai akaun bank – Anda boleh membuat penebusan secara tunai melalui mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 30 Mac 2022

Permohonan Rayuan BKM 2022

Jika semakan status BKM anda gagal, tidak perlu khuatir anda boleh membuat permohonan rayuan seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Bagi tujuan memastikan program bantuan kewangan BKM disasarkan kepada rakyak yang memerlukan dan benar-benar layak menerima, tempoh rayuan permohonan akan dibuka bermula 3 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Kadar Bantuan BKM

Untuk makluman, Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 adalah sebanyak RM 2,000 manakalah jumlah Bantuan tambahan adalh RM 500 kepada penerima yang menepati kelayakan.

Contohnya, Bantuan tambahan kepada penerima isi rumah berstatus ibu tunggal yang mempunyai anak dan menepati syarat sebanyak RM 500. Jumlah bayaran BKM beliau adalah sebanyak RM 2,500.

Panduan Semak Status BKM

Anda dinasihatkan membuat semakan status sebelum tarikh akhir. Semakan boleh dibuat seperti berikut :

  • Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  • Kemudian sila log masuk ke dalam sistem
  • Masukan maklumat anda- nombor MyKad / ID
  • Masukan kata laluan anda
  • Akan keluar paparan “Semakan status”
  • Sila klik semakan untuk anda semak status anda.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, selain dari Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) terdapat lebih banyak bantuan insentif khusunya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan berpendapatan rendah. Jika anda terlepas pandang dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button