Bayaran STR Fasa 1 : Kadar Bantuan Bagi Keluarga & Bujang
Bayaran STR Fasa 1 – Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran sumbangan tunai Rahmah telah mula dikreditkan hari ini. Program ini bertujuan untuk menyokong golongan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran kewangan di dalam negara.
PEMBERIAN BAYARAN STR FASA 1
Untuk makluman umum, kategori penerima yang layak termasuk belia bujang, keluarga yang berkeluarga, dan orang tua. Kerajaan telah menetapkan semakan kelayakan bagi memastikan sumbangan tunai dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Ini merupakan langkah proaktif dalam membantu golongan rentan agar dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Sekitar 9 juta penduduk Malaysia menerima manfaat daripada inisiatif bantuan kewangan STR pada tahun 2025.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 & KAEDAH BAYARAN
Jumlah bayaran sumbangan tunai Rahmah fasa 1 ini adalah bermula dari RM150 sehingga RM500, di mana kadar bayaran adalah mengikut kategori kelayakan. Pembayaran utama akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima.
Bagi mereka yang tidak mempunyai kad bank, penebusan secara tunai boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat. Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri untuk proses penebusan yang lancar.
Berikut adalah perkongsian berkenaan jumlah bayaran yang sepatutnya diterima mengikut kategori kelayakan :
- Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Pendapatan bulanan RM2,500 sebulan
- Belum pernah berkahwin
- Nilai STR Fasa 1 : RM150 one-off
2. Kategori isi rumah
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Pendapatan bulanan RM5,000 dan kebawah
- Berstatus berkahwin
- Nilai STR Fasa 1 : RM150 – RM500 one-off (Kadar mengikut bilangan tanggungan anak)
3. Kategori orang tua
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun dan keatas
- Pendapatan bulanan RM2,500 kebawah
- Nilai STR fasa 1 : RM150 one-off
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 1 DIBUKA
Kepada mereka yang terlibat, semakan status pembayaran kini dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian. Untuk rujukan sepenuhnya, sila layari laman web rasmi STR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai program, kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.