BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Bayaran BKM Fasa 2 Mula Disalurkan Kepada Penerima Semua Bank

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan Program bantuan berbentuk Tunai dari pihak Kerajaan yang melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini. Seperti sedia maklum, Bayaran BKM akan melalui 4 Fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan terakhir Disember 2022.

Pembayaran bagi BKM Fasa 1 telahpun selesai pada 28 Mac 2022 secara berperingkat. Kini bermula 27 Jun 2022 pembayaran bagi Fasa 2 telah mula disalurkan secara berperingkat ke dalam akaun penerima.

Kadar Bayaran Fasa 2

Untuk sedia maklum, selepas pengumuman Perdana Menteri tempoh hari berkenaan tambahan bayaran sebanyak RM 50 dan RM 100, bermakna jumlah kadar bayaran yang akan diterima adalah maksimum sehingga RM 500 bagi kali ini. Anda sudah boleh kemaskini dan semak status pembayaran BKM anda bermula 27 Jun di Portal Rasmi BKM – https://bkm.hasil.gov.my/

Pembayaran Ke Semua Senarai Bank

Seperti sedia maklum, pembayaran BKM akan didahulukan kepada penerima Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 27 Jun. Bermula 28 Jun 2022 bayaran akan mula diagihkan kepada semua senarai bank yang terlibat sehingga 5 Julai. Di harapkan anda bersabar menunggu duit masuk ke akaun kerana pembayaran dalam klausa yang besar dan dijalankan secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat lebih banyak program dan bantuan telah dilaksanakan oleh Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi meringankan kos pembelanjaan rakyat yang memerlukan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

6 Comments

  1. Encik saya ingin bertanya tentang bayaran bantuan Bkm fasa2 saya ini masih lagi belum dapat dan saya ini ingin meyara keluarga dan belanja sekolah anak saya… saya mohon kepada encik agar dapat dipermudahkan segala nya

  2. Encik saya ingin bertanya tentang bayaran bantuan Bkm fasa2 saya ini masih lagi belum dapat dan saya ini ingin meyara keluarga dan belanja sekolah anak saya… saya mohon kepada encik agar dapat dipermudahkan segala nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button