Bantuan Tunai Rahmah Fasa Ketiga : Semak Kelayakan Penerima

Bantuan Tunai Rahmah Fasa Ketiga bakal disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan tidak lama lagi dijadualkan Ogos 2025. Pemberian ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan, dan ia diharapkan dapat meringankan beban kewangan mereka dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Fasa Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah 2025
Untuk makluman umum, pemberian STR 2025 akan dikreditkan secara berperingkat selama 4 fasa pembayaran. Setiap fasa pembayaran mempunyai jadual dan cara pengkreditan yang ditetapkan bagi memastikan semua penerima menerima bantuan dengan lancar.
Kategori yang terlibat menerima bayaran STR fasa ketiga adalah belia, warga emas, dan isi rumah. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk merangkumi pelbagai lapisan masyarakat dalam program bantuan ini.
Kepada yang terlepas pandang, dibawah dikongsikan maklumat tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut fasa ;
- Bayaran pertama (FASA 1) : Januari 2025
- Bayaran kedua (FASA 2) : April 2025
- Bayaran ketiga (FASA 3) : Ogos 2025
- Bayaran keempat (FASA 4) : November 2025.
Nota : Buat masa ini hanya tinggal pembayaran STR fasa 3 dan 4 sahaja. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman dari kerajaan pusat.
Kadar Bayaran Bantuan Rahmah Berdasarkan Kategori
Kadar bayaran yang akan dikreditkan adalah berbeza mengikut setiap kategori dan bilangan anak. Dengan mengambil kira keperluan pelbagai pihak, kadar dalam fasa ketiga direka untuk memberikan sokongan sebaik mungkin bagi meringankan beban kewangan penerima.
Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu dan keluarga mengambil maklum tentang kategori mereka dan memastikan mereka mempunyai maklumat terkini bagi proses pengkreditan yang akan datang.
Berikut adalah kadar jumlah keseluruhan bayaran STR mengikut setiap kategori yang terlibat ;
- RM2,500 setahun : Kategori isi rumah (B40) Jumlah bergantung bilangan tanggungan
- RM1,250 setahun : Kategori isi rumah (M40) Jumlah bergantung bilangan tanggungan
- RM600 setahun : Kategori bujang berumur 21 tahun keatas
- RM900 setahun : Kategori warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun keatas.
Kepada penerima STR 2025, anda boleh kemaskini maklumat terkini jika ada sepanjang tahun ini. Untuk semak berapa kadar bayaran anda setiap fasa, sila layari laman web rasmi – MySTR 2025
Lebih Rujukan
Pelbagai program kemudahan dan insentif bantuan telah ditawarkan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.