Site icon Carianterbaru

Bantuan Tunai MySTR Fasa-2 : Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)

Bantuan Tunai MySTR Fasa-2 : Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)

Bantuan Tunai MySTR Fasa-2 : Kerajaan perpaduan telah mengumumkan tarikh & jumlah bayaran yang akan dikreditkan secara berperingkat pada tahun 2024. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini melibatkan peruntukan bantuan terbesar pada tahun ini.

BANTUAN TUNAI MYSTR FASA-2

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju meneruskan perlaksanaan pemberian bantuan tunai STR. Setakat ini sekitar 8.2 juta individu layak telah berdaftar sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024.

Angka tersebut dijangka akan menaik mencapai 9 juta kerana pendaftaran permohonan baharu dibuka sepanjang tahun ini. Seperti sedia maklum, bayaran bagi fasa pertama STR telah selesai dibayar kepada seluruh penerima pada 29 Januari lalu.

Pemberian bayaran berikutnya iaitu fasa-2 STR akan disalurkan berperingkat bermula April 2024 (bulan hadapan) sebelum menjelang raya aidilfitri. Tarikh diambil sempena persiapan menyambut perayaan awal bulan syawal nanti.

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSTR MENGIKUT FASA

Untuk makluman, pembayaran fasa kedua Sumbangan Tunai Rahmah akan disalurkan mulai bulan hadapan secara berperingkat. Dibawah adalah jadual lengkap bayaran MySTR tahun 2024 mengikut fasa seperti berikut :

JUMLAH BAYARAN TUNAI MYSTR FASA-2

Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan tunai STR fasa kedua masih belum dimaklumkan dan dijangka akan diumum sebelum pengagihan dilakukan. Dibawah disediakan jumlah keseluruhan bayaran STR 2024 mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN DIBAWAH (RM2,500)

ISI RUMAH – PENDAPATAN DIBAWAH (RM5,000)

KATEGORI BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Setiap penerima sedia ada STR, semakan status bayaran bantuan tunai boleh dilakukan secara online. Panduan semakan disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Kemaskini maklumat terkini dan pendaftaran baharu bagi bukan penerima kini masih dibuka. Sila kemaskini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan pada fasa berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Exit mobile version