B40BANTUANGeran Pelancaran
Trending

Bantuan RM2700 Untuk B40 (Geran Pelancaran)

Bantuan RM2700 Untuk B40 disediakan melalui program Geran Pelancaran (GP) yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

INISIATIF BANTUAN RM2700 ONE-OFF UNTUK B40

Kerajaan Malaysia melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan kewangan untuk rakyat. Program Geran Pelancaran (GP) ini adalah merupakan inisiatif bantuan kewangan sebanyak RM2700 one-off.

Tawaran program ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan klien JKM dan golongan B40 yang memerlukan. Perlaksanaan program GP ini adalah sebagai sokongan kewangan atau modal perniagaan untuk usahawan kecil yang ingin memulakan perniagaan.

Dengan adanya insentif one-off ini dapat membantu mereka mengatasi kesulitan kewangan terutama berkaitan dengan kos sara hidup. Secara tidak langsung dapat membantu memulakan perniagaan sebagai sumber pendapatan alternatif.

JENIS-JENIS BANTUAN UNTUK B40

Ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang bahawa pihak JKM menyediakan banyak inisiatif yang boleh dimohon pada tahun ini. Dibawah dikongsikan senarai jenis-jenis bantuan yang boleh didapatkan oleh mereka yang berkelayakan dan memerlukan :

  1. Bantuan Am Persekutuan (BA) – Kadar bantuan RM100 – RM350 sebulan
  2. Bantuan Anak pelihara (BAP) – Kadar bantuan RM250 – RM500 sebulan
  3. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – Kadar bantuan RM200 sebulan
  4. Bantuan Warga Emas (BWE) – Kadar bantuan RM600 sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN ASAS BANTUAN JKM

Sebelum memohon, anda perlu menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Status – Pemohon harus warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan – Permohonan diberi keutamaan kepada pendapatan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Berada dalam kelompok B40 memerlukan dan miskin tegar
  • Menepati syarat tambahan yang ditetapkan mengikut jenis bantuan yang dimohon.

CARA DAFTAR BANTUAN

BORANG JKM

Kepada yang berminat, pendaftaran permohonan bantuan dibawah JKM dibuka sepanjang tahun ini. Panduan mudah disediakan seperti dibawah :

  1. Untuk permohonan secara online, sila layari laman portal rasmi https://ihsanmadani.gov.my/pendapatan
  2. Pilih bahagian bantuan yang ingin dimohon
  3. Pastikan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan sebelum kemukakan permohonan
  4. Isi borang permohonan dengan dokumen yang diperlukan sehingga selesai
  5. Bagi permohonan secara manual, anda boleh kunjungi pejabat kebajikan berdekatan.

KESIMPULAN

Bantuan-bantuan tunai dibawah JKM sangat memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan kurang berkemampuan. Untuk lihat senarai insentif yang ada sepanjang tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan, sila SEMAK DISINI sebagai panduan umum!

Related Articles

Back to top button