BANTUAN

Bantuan RM150 & RM300 (One-Off) Mula Disalurkan Hari Ini

Bantuan RM150 & RM300 one-off telah mula disalurkan kepada penerima yang layak di seluruh Malaysia mulai hari ini. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah ini sebagai satu usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya penerima bantuan dalam kategori B40.

Dengan adanya inisiatif ini, diharapkan segala keperluan asas mereka dapat dipenuhi tanpa sebarang kesulitan.

BANTUAN RM150 & RM300 (SARA B40)

Inisiatif sumbangan asas rahmah merupakan satu program baharu yang diumumkan oleh kerajaan, ia bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang paling memerlukan. Bantuan khas ini dibayar secara one-off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 9 Disember ini.

Program ini adalah antara banyak usaha yang dilakukan kerajaan bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyatnya, terutama bagi mereka yang berstatus B40. Walaupun inisiatif ini terbuka kepada seluruh rakyat, tetapi hanya penerima bantuan yang mempunyai status B40 akan layak untuk menerima bayaran ini.

Kerajaan amat menitik beratkan keperihatinan terhadap golongan yang berpendapatan rendah ini, dan segala usaha sedang dilakukan untuk memastikan bantuan yang disalurkan tepat kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah peluang bagi penerima untuk mendapatkan sokongan yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian mereka.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan penerima bantuan tambahan SARA ini, antaranya seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR 2024
  • Kategori bujang, warga emas dan isi rumah
  • Pendapatan bulanan dibawah RM2,500 (B40)
  • Bukan penerima bantuan bulanan JKM.

Nota : Pembayaran kali ini hanya melibatkan penerima dari kategori B40 sahaja. Sebelum ini pembayaran secara bulanan telah dilaksanakan bagi kategori miskin dan miskin tegar.

KADAR BAYARAN & SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN

Untuk makluman umum, kadar bayaran bantuan ini telah dipecahkan mengikut 3 kategori seperti di bawah :

  • Kategori Bujang : RM150
  • Kategori warga emas : RM150
  • Kategori isi rumah : RM300

Bantuan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima, bagi yang tiada kad bank, bantuan boleh ditebus secara tunai di kaunter BSN berdekatan.

Jika anda merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi – MySARA

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai jenis kemudahan dan insentif bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button