BANTUANiSejahtera

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Program I-Sejahtera Sehingga RM 1,000

Tahukah anda, pada tahun 2022 pihak Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu insentif bantuan kewangan melalui Program I-Sejahtera. Program bantuan ini merupakan sebuah skim sumbangan penghargaan berbentuk tunai kepada rakyat.

Untuk sedia maklum, program bantuan ini dilancarkan secara setahun sekali bagi penerima yang berkelayakan. Calon penerima yang layak adalah terdiri berdasarkan dari gilongan kategori OKU, ibu tunggal, warga emas, suri rumah dan bayi yang berumur 1 – 2 tahun.

Kadar Bantuan Sumbangan

Bayaran secara One off

  • Skim program ANak Emas – RM 200
  • Skim Khairat kematian – RM 1,000

Bayaran sekali setahun

  • Skim Program Ibu Emas – RM 100
  • Skim program Bantuan ibu tunggal – RM 100
  • Skim penghargaan warga emas – RM 100
  • Program bantuan OKU – RM 150

Panduan  Daftar Program I-Sejahtera 2022

Pendaftaran program i-sejahtera boleh anda lakukan secara online melalui Portal Rasmi I-Sejahtera – DI SINI

Di halaman tersebut, anda boleh membuat permohonan baru dan semakan. Semua arahan telah disediakan di laman rasmi tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan sehingga selesai.

Syarat Kelayakan

Bagi syarat kelayakan yang diperlukan untuk program I-Sejahtera adalah seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon merupakan pengundi di negeri Pulau Pinang (Kecuali bagi bantuan OKU)

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri khususnya bantuan berbentuk kewangan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button