AidilfitriBANTUAN

Penerima Bantuan Kewangan RM700 Bulan Depan

Penerima bantuan kewangan RM700 akan dikreditkan pada bulan depan (April) bagi membantu meringankan kos persediaan mengahadapi musim perayaan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah memgumumkan bahawa inisiatif bantuan kewangan ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak sebelum raya aidilfitri tahun ini.

PENERIMA BANTUAN KEWANGAN RM700

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan pada sidang pembentangan BELANJAWAN 2023 yang diadakan pada 24 Februari lalu. Bantuan-bantuan yang diperkenalkan lebih tertumpu kepada golongan B40 dan miskin pada tahun ini.

Salah satu bantuan yang telah diumumkan adalah bantuan khas kewangan aidilfitri, dimana bantuan ini akan diberikan kepada 2 kategori kelayakan. Pemberian insentif ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat dan membantu meringankan beban pada hari raya aidilfitri.

KATEGORI & KADAR BANTUAN

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa pembayaran bantuan khas kewangan aidilfitri ini akan diberikan pada bulan april. Senarai penerima bantuan kewangan RM700 adalah seperti berikut :

  • Bantuan kewangan bernilai RM700 : Kepada semua golongan penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • Bantuan kewangan bernilai RM350 : Kepada pesara kerajaan.

Batuan khas kewangan aidilfitri ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada dalam kategori diatas. Pemberian bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan April secara kredit ke dalam akaun bank penerima.

TARIKH BAYARAN

Sempena bulan perayaan aidilfitri yang bakal menjelang, pembayaran bantuan khas kewangan ini akan disalurkan pada bulan April 2023. Cara pembayaran adalah kredit terus ke dalam akaun bank seperti bantuan-bantuan sempena perayaan tahun sebelum ini.

Pemberian bantuan ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam pada tahun ini. Pihak kerajaan berjanji akan memberikan bantuan khas ini kepada mereka yang bekenaan pada bulan depan sebelum hari raya puasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain penerima bantuan kewangan RM700 ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai telah dilancarkan pada awal tahun 2023. Salah satunya adalah pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang melibatkan hampir keseluruhan golongan rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button