Bantuan Kewangan Tambahan RM450 untuk Golongan B40
Bantuan kewangan tambahan RM450 untuk golongan B40 (penerima STR) akan mula diagihkan tidak lama lagi. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemberian bantuan kewangan tambahan berjumlah RM450 yang akan mula disalurkan pada minggu hadapan.
BANTUAN KEWANGAN TAMBAHAN RM450
Bantuan ini ditujukan khas untuk golongan B40 yang memerlukan sokongan kewangan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Bagi kategori B40, pembayaran sumbangan asas rahmah ini akan dikreditkan secara one-off.
Inisiatif khas ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima STR golongan B40. Pembayaran dijadualkan akan dibuat mulai 9 Disember 2024, menawarkan bantuan yang diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan penerima.
Kadar bayaran bantuan kewangan yang diluluskan adalah sebanyak RM150 bagi individu bujang dan RM300 bagi mereka yang mempunyai keluarga. Dengan bantuan ini, diharapkan para penerima akan dapat memenuhi keperluan asas mereka dengan lebih baik.
Bantuan SARA 2024, berikut adalah jumlah bayaran kesemua kategori yang terlibat pada tahun ini :
- RM1,200 : Kategori isi rumah & warga emas (miskin & miskin tegar)
- RM600 : Kategori bujang (miskin & miskin tegar)
- RM300 : Kategori isi rumah (bukan miskin & miskin tegar)
- RM150 : Kategori bujang & warga emas (bukan miskin & miskin tegar)
Nota : Bantuan tambahan ini hanya diberikan kepada penerima STR 2024 sahaja dan tiada sebarang permohonan perlu dilakukan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM450
Jika anda merupakan sebahagian penerima Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024, semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian. Untuk semak status, sila layari laman web rasmi – MyKasih SARA
Anda hanya perlu klik tombol ‘Semak Status’ dan isi maklumat yang diperlukan dalam sistem sebagai semakan. Sekiranya layak, maklumat akan dipaparkan pada skrin sebagai info dan bayaran bantuan akan dimasukan pada 9 Disember nanti.