Site icon Carianterbaru

Bantuan IKPP RM250 Secara One-Off ~ Semak Kelayakan

Bantuan IKPP RM250 Secara One-Off ~ Semak Kelayakan

Bantuan IKPP adalah merupakan inisiatif berbentuk tunai yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri. Pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan di peringkat persekutuan mahupun negeri bagi membantu rakyat yang berkelayakan memerlukan.

INSENTIF KHAS 

Salah satu bantuan yang masih disediakan adalah Insentif Khas Pasangan Pengantin atau lebih dikenali sebagai IKPP. Bantuan khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi membantu mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.

Di halaman kali ini dikongksikan maklumat berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi mendapatkan bantuan IKPP ini sekiranya berkelayakan.

KADAR BANTUAN IKPP

Untuk sedia maklum pada bulan Mac 2022, kerajaan negeri Pahang telah bersetuju menaikkan kadar bantuan IKPP dari jumlah sebelum RM200 kepada RM250. Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan khas ini secara sekali bayar (One-off).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disedikan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini seperti dibawah :

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda atau mempunyai kenalan yang menepati kelayakan, permohonan bantuan IKPP ini boleh dilakukan. Pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut :

Jika anda ingin semak maklumat lengkap berkenaan insentif khas ini dan muat turun borang permohonan, sila layari laman rasmi – MUNAKAHAT PAHANG

INFO LANJUT

Untuk pengetahuan umum, selain daripada insentif IKPP RM250 ini. Terdapat lebih banyak bantuan khususnya berbentuk kewangan yang masih disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Exit mobile version