Bantuan Ewallet Bulanan RM300 kini ditawarkan kepada mereka yang mempunyai gaji dibawah RM5,000 dan mempunyai tanggungan. Bermula 1 Julai 2024, permohonan baharu bantuan kehidupan sejahtera telah dibuka secara menyeluruh.
PEMBERIAN BANTUAN BULANAN EWALLET RM300
Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan ewallet / edompet bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Bermula awal bulan ini, pendaftaran permohonan baharu telah dibuka kepada yang berkelayakan bagi sesi tahun ini.
Perlaksanaan pemberian sumbangan bantuan ini adalah bagi melindungi keluarga anda daripada ketidakpastian ekonomi. Program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas ini dirangkakan khas bagi meningkatkan kedayatahanan keluarga yang memerlukan.
Dengan adanya bantuan istimewa berbentuk ewallet RM300 sebulan ini, pemohon yang lulus boleh gunakan manfaat dengan membeli barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan. Pembelian secara tanpa tunai boleh digunakan di mana-mana pasaraya dan kedai berdaftar.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BULANAN EWALLET
Antara beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah dikemaskini dan ditetapkan bermula 1 Julai ini adalah seperti berikut :
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah semasa dibawah RM5,000 (B40 & M40)
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah sekurang-kurangnya dua (2) orang
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar.
PERINCIAN MANFAAT BANTUAN BULANAN EWALLET
Kepada mereka yang layak menerima bantuan khas bulanan ini, antara manfaat yang disediakan adalah seperti di bawah :
- Had nilai bayaran bantuan bulanan sebanyak RM300
- Ewallet boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit
- Segala urusniaga dilakukan secara tanpa tunai melalui ewallet
- Amaun ewallet akan ditambah nilai ke paras RM300 setiap bulan secara automatik
- Baki nilai ewallet bulan terdahulu perlu dihabiskan kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
KEMUKAKAN PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2024
Bagi golongan yang berkelayakan dan berkeperluan, jangan lepaskan peluang untuk kemukakan pendaftaran permohonan bantuan ini. Panduan memohon dan butiran lengkap telah disediakan melalui laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera 2024
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan masih boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.