BANTUANBINGKASeWalletKewangan dan Bantuan

Bantuan E-Wallet B40 Berjumlah RM300 Sebulan

Bantuan E-Wallet B40 – Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan program prihatin yang berfungsi sebagai sokongan kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Program ini dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Bingkas, bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dalam menghadapi cabaran ekonomi.

PROGRAM BANTUAN E-WALLET B40

Sehingga tahun ini, perlaksanaan program inisiatif bantuan ewallet Bingkas ini masih diteruskan bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Amaun ewallet ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Bantuan ini disediakan dalam bentuk ewallet, di mana pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan. Ini bermaksud penerima akan memperoleh jumlah keseluruhan RM3,600 setahun, yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Program ini khusus ditujukan kepada golongan berpendapatan RM5,000 ke bawah, termasuk dalam kategori B40. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat tertentu untuk layak menerima bantuan ini.

Proses permohonan akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri dan akan memastikan ia mudah diakses oleh semua pihak yang memerlukan. Dengan pelaksanaan Bantuan Kehidupan Sejahtera Bingkas, diharapkan agar rakyat negeri Selangor dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih sejahtera.

Pendaftaran boleh dikemukakan secara dalam talian atau melalui aplikasi Selangkah yang boleh dimuat turun di appstore telefon anda. Permohonan akan ditutup jika kuota bantuan telahpun tercapai, untuk rujukan lengkap dan panduan penuh, sila layari laman rasmi – SELANGKAH EWALLET untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button