Site icon Carianterbaru

BA : Bantuan Tunai RM350 Sebulan Telah Mula Dikreditkan

BA : Bantuan Tunai RM350 Sebulan Telah Mula Dikreditkan

BA : Bantuan Tunai RM350 sebulan telah mula dikreditkan kepada mereka yang berkelayakan pada tahun ini secara berperingkat. Untuk makluman program (BA) ini merupakan sebahagian inisiatif bantuan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

BA : BANTUAN TUNAI SEHINGGA RM350 SEBULAN

Program BA atau Bantuan Am Persekutuan ini adalah salah satu inisiatif berbentuk bantuan bulanan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perlaksanaan skim bantuan ini adalah bagi membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan.

Dengan adanya insentif bulanan ini kerajaan yakin dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI BA

Pihak JKM telah memaklumkan kadar pemberian bantuan am persekutuan ditetapkan mengikut kategori kelayakan. Setiap bulan dikreditkan minimum RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Untuk makluman, setiap negeri menyediakan bantuan am masing-masing dan syarat kelayakan serta kadar bantuan adalah berbeza mengikut negeri.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM 2024

Antara kriteria syarat kelayakan bantuan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi adalah seperti :

CARA MOHON BANTUAN TUNAI RM350 (BA)

Kepada yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Am Persekutuan 2024 dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut.

Permohonan juga boleh dilakukan melalui peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah/ jajahan/ bahagian di seluruh negara. Kesemua permohonan yang didaftarkan akan menjalani ujian siasatan (means-tested) sebagai penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada setiap pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info lebih pantas.

Exit mobile version