Daftar eCOSS : Manfaat untuk dapatkan minyak masak paket pada harga bersubsidi dengan lebih mudah dan lancar.
DAFTAR ECOSS SEKARANG!
Untuk makluman umum, rakyat Malaysia kini boleh mendaftar sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS). Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah memperluaskan penggunakan aplikasi ini dan amat mengalu-alukan pendaftaran dari setiap warganegara.
Sistem aplikasi eCOSS ini memudahkan urusan pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada pengguna. ECOSS akan merekodkan setiap transaksi minyak masak dari pengilang hingga ke pengguna bagi memastikan bantuan subsidi sampai kepada rakyat.
Dengan kemudahan ini, setiap pengguna hanya perlu mengimbas kod QR dan mengesahkan indentiti menggunakan mykad untuk setiap kali pembelian minyak masak subsidi. Kepada pemegang mykad jangan lepaskan peluang untuk daftar eCOSS bagi mendapatkan manfaat yang disediakan.
PANDUAN MENDAFTAR ECOSS
Berikut disediakan panduan ringkas bagi individu membuat pendaftaran aplikasi eCOSS tahun 2025 :
- Langkah pertama sila muat turun aplikasi ‘eCOSS’ di Appstore atau googleplay telefon.
- Tekan pada butang ‘Tiada akaun, daftar baru’.
- Isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan sebagai daftar pengguna.
- Tekan butang ‘Daftar’ dan tandakan pada kota pengesahan.
- Pastikan masukkan email yang masih aktif kerana pengguna akan menerima maklumat melalui emel yang didaftarkan.
- Lengkapkan proses pengesahan identiti menggunakan mykad secara e-KYC melalui aplikasi tersebut.
Panduan pengesahan identiti pengguna :
- Masukkan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan kemudian tekan butang ‘Log Masuk’.
- Tekan butang e-KYC untuk pengesahan identiti pengguna.
- Muat turun gambar kad pengenalan secara hadapan, belakang dan swafoto muka pengguna.
- Selesai.
Mudahkan? Selepas berjaya mendaftar, anda boleh gunakan aplikasi eCOSS ini untuk setiap kali pembelian minyak masak paket bersubsidi. Hanya perlu imbas kod QR yang dipaparkan untuk beli minyak subsidi dan memudahkan urusan lebih lancar.
Untuk daftar secara dalam talian atau butiran lanjut, sila layari laman portal rasmi diĀ https://ecoss.kpdn.gov.my/ segala maklumat ada di sini.
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!