BANTUANFasa AkhirSTR
Trending

Bayaran STR Fasa Akhir : Bila Bantuan Akan Dikreditkan?

Bayaran STR Fasa Akhir : Bila bantuan akan dikreditkan? Untuk makluman umum, pengagihan akan disalurkan pada bulan November.

PEMBERIAN STR SETIAP FASA

BAYARAN STR FASA AKHIR

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini bermula Januari lalu. Program bantuan tunai STR adalah sebahagian inisiatif dibawah bajet Belanjawan 2025.

Perlaksanaan inisiatif STR ini melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas. Golongan yang terlibat adalah miskin, B40 dan M40 dan setiap kategori menerima bayaran bantuan yang berbeza.

Jumlah keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah sehingga RM2,500 tidak termasuk bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bayaran disalurkan secara berperingkat ke dalam akaun bank dan tebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi individu tiada kad bank.

Seperti yang sedia maklum, pemberian STR telah selesai dikreditkan sehingga fasa ketiga pada bulan Ogos lalu. Kini hanya berbaki satu sahaja lagi fasa pembayaran yang dijadualkan akan diagihkan pada bulan November depan.

TARIKH BAYARAN FASA AKHIR STR

Bagi pengetahuan umum, tiada tarikh rasmi lagi bagi pembayaran STR fasa keempat. Namun mengikut jadual asal, pembayaran STR fasa keempat akan dikreditkan selewat-lewatnya sebelum 30 November 2025.

Bagi yang terlepas pandang, berikut adalah perkongsian jadual rasmi bayaran STR sesi 2025 mengikut fasa :

  • STR Fasa 1 : Disalurkan pada Januari 2025.
  • STR Fasa 2 : Disalurkan pada April 2025.
  • STR Fasa 3 : Disalurkan pada Ogos 2025.
  • STR Fasa 4 : Disalurkan pada November 2025.

KADAR JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran STR yang diberikan adalah dari RM500 sehingga RM2500 setahun. Berikut adalah kadar bayaran bantuan tunai STR 2025 mengikut setiap kategori penerima :

  • Isi rumah B40 : RM1000 – RM2500 setahun (kadar ditentukan mengikut bilangan anak).
  • Isi rumah M40 : RM500 – RM1250 setahun (kadar ditentukan mengikut bilangan anak).
  • Bujang : RM600 setahun.
  • Warga emas : RM900 setahun.

Sementara menunggu pembayaran STR fasa akhir, individu boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini melalui laman portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Segala maklumat terbaharu berkenaan bantuan kerajaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk lebih informasi mengenai inisiatif dan kemudahan yang disediakan sepanjang tahun ini, sila rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button