RON95SetelSubsidi
Trending

Subsidi RON95 : Guna Setel Tak Perlu Scan MyKad

Subsidi RON95 : Guna Setel tak perlu scan mykad lagi di stesen minyak untuk setiap kali ingin menebus subsidi minyak petrol.

GUNA SETEL UNTUK SUBSIDI RON95

SUBSIDI RON95 GUNA SETEL

Untuk makluman umum, terdapat kemudahan untuk pembayaran semasa menebus subsidi minyak petrol RON95 melalui Setel atau TNG. Jika anda mendaftar sebagai pengguna di aplikasi Setel, anda tidak perlu scan mykad setiap kali ingin mengisi minyak untuk dapatkan subsidi.

Namun penggunaan aplikasi Setel hanya boleh digunakan di pam minyak Petronas sahaja. Jika anda memang selalu mengisi minyak di stesen Petronas, anda digalakkan untuk mendaftar aplikasi Setel secara percuma.

Kepada mereka yang terlepas pandang, bermula 30 September 2025, kerajaan akan melaksanakan inisiatif subsidi BUDI95 secara bersasar. Kadar harga minyak adalah RM1.99 seliter untuk warganegara Malaysia, manakala RM2.60 untuk bukan warganegara.

Selepas hari perlaksanaan, setiap individu yang ingin isi minyak guna subsidi perlu tunjuk mykad semasa pembayaran. Namun jika ingin memudahkan urusan, anda boleh gunakan aplikasi TNG atau Setel.

KEMUDAHAN GUNA SETEL UNTUK SUBSIDI MINYAK PETROL

Berikut adalah sebab kepada anda perlu pilih Setel untuk BUDI MADANI RON95 :

  1. Pengesahan mykad sekali sahaja.
  2. dapat 3 kali mata ganjaran mesra.
  3. Lancar dan cepat dengan setiap pengisian secara one-tap.
  4. Selamat kerana diselia oleh Bank Negara Malaysia.
  5. Untuk pengguna telefon bimbit lama anda boleh download Setel lite.

CARA MUDAH SAHKAN AKAUN SETEL UNTUK RON95

SETEL

Jika anda bukan pengguna Setel, berikut disediakan panduan mudah untuk daftar sebagai pengguna Setel :

  • Sila muat turun aplikasi ‘Setel’ di appstore telefon ATAU di https://www.setel.com/
  • Setelah itu buka aplikasi setel dan daftar menggunakan nombor telefon yang digunakan.
  • Sahkan akaun Setel anda dengan butang ”Verification” dan imbas mykad anda.
  • Ambil Swafoto dan isi maklumat yang diperlukan.
  • Selesai.

Jika anda ingin lebih mudah, anda boleh minta tolong dari pekerja stesen minyak Petronas. Setiap pendaftaran pengguna baharu Setel akan menerima ganjaran 1000 points yang boleh di tukar kepada RM10.

Untuk lebih maklumat berkenaan senarai insiatif dan bantuan kewangan yang disediakan kerajaan, anda boleh rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button