MyKad
Trending

Penggantian Cip MyKad Secara Percuma Sehingga 7 Oktober

Penggantian Cip MyKad secara percuma boleh dilakukan oleh orang ramai bermula 23 September sehingga 7 Oktober 2025.

PENGGANTIAN CIP MYKAD PERCUMA

PENGGANTIAN CIP MYKAD

Sempena perlaksanaan subsidi bersasar minyak petrol RON95 yang akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Pengesahan penebusan subsidi ini memerlukan mykad yang masih aktif dan berfungsi.

Justeru itu Kementerian Dalam Negeri (KBN) menawarkan penggantian cip mykad secara percuma kepada mereka yang mempunyai mykad rosak. Penggantian secara percuma mykad kini boleh dilakukan sebelum tarikh tutup pada 7 Oktober.

Program inisiatif BUDI95 ini membolehkan rakyat Malaysia membeli minyak petrol (kuning) RON95 pada kadar harga RM1.99 seliter. Tanpa pengesahan mykad, individu perlu membayar minyak RON95 pada kadar tiada subsidi berharga RM2.60 seliter.

Proses gantian cip mykad baharu ini akan memastikan kelancaran untuk mendapatkan akses kepada subsidi petrol bersasar tanpa masalah teknikal. Setiap individu boleh membuat gantian cip mykad di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

KEPENTINGAN MYKAD

Seperti sedia maklum pada tahun ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Terdapat beberapa inisiatif yang diberikan memerlukan pengesahan mykad.

Sebagai contoh pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang merupakan bantuan barangan keperluan asas. Penerima bantuan SARA perlu menjaga kepentingan cip mykad dalam keadaan baik kerana pembayaran menggunakan bantuan SARA memerlukan mykad (IC).

Setiap kali anda membeli barang-barang keperluan di kedai atau pasaraya menggunakan insentif SARA. Penyediaan kad pengenalan diperlukan untuk proses pembayaran di kaunter bayaran.

Sebagai warganegara Malaysia, kepentingan menjaga cip mykad sentiasa dalam keadaan baik adalah tanggungjawab sendiri. Hal ini kerana mykad sangat penting sebagai bukti identiti warganegara Malaysia yang sah.

Kepada mereka yang mempunyai cip mykad rosak jangan lepaskan peluang untuk membuat gantian secara percuma sebelum 7 Oktober. Selepas tarikh tersebut, setiap penggantian akan dikenakan caj pada kadar yang ditetapkan.

Perlaksanaan subsidi bersasar minyak Petrol RON94 secara menyeluruh berkuat kuasa bermula 30 September 2025. Untuk butiran selengkapnya berkenaan inisiatif ini, sila layari laman portal rasmi BUDI95

Kepada yang terlepas pandang, sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama!

Related Articles

Back to top button