Cuti SekolahCuti UmumDeepavali
Trending

Tarikh Cuti Sekolah Tambahan KPM & Cuti Deepavali 2025

Tarikh Cuti Sekolah Tambahan KPM & cuti sempena perayaan Deepavali bagi tahun 2025 telah diumumkan sebagai rujukan masyarakat.

CUTI SEKOLAH TAMBAHAN KPM OKTOBER INI

CUTI SEKOLAH SEMPENA DEEPAVALI 2025

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukan 2 hari cuti sekolah tambahan dan sekolah di negeri Sarawak 1 hari cuti tambahan. Untuk makluman umum, hari perayaan Deepavali adalah cuti umum di semua negeri kecuali Sarawak.

Hari Deepavali atau pesta cahaya adalah salah satu daripada perayaan masyarakat hindu di dalam negara Malaysia. Ianya disambut pada hari ke 14 bulan aipasi dalam kalendar tamil diantara bulan Oktober dan November.

Perayaan ini disambut dengan cukup meriah terutama bahagian semenanjung Malaysia memandangkan kaum india adalah kaum utama di Malaysia. Sempena perayaan Deepavali pada tahun ini, KPM telah peruntukan 2 hari cuti sekolah tambahan kepada para pelajar.

Mengikut kalendar tahun ini, hari deepavali jatuh pada tarikh 20 Oktober 2025 bersamaan hari isnin. Apa yang menarik adalah kerajaan meluluskan untuk pegawai yang menganut agama hindu boleh pilih menggunakan cuti tanpa rekod sempena perayaan ini selama 1 hari.

TARIKH PENTING CUTI SEKOLAH TAMBAHAN SEMPENA DEEPAVALI

KALENDAR OKTOBER 2025

Cuti umum sempena raya deepavali adalah pada tarikh 20 Oktober 2025. Berikut adalah tarikh cuti tambahan sekolah dibawah KPM :

  • Kumpulan A – 19 Oktober 2025 & 21 Oktober 2025 (Ahad & isnin).
  • Kumpulan B – 21 Oktober 2025 & 22 Oktober 2025 (Isnin & selasa).
  • Negeri Sarawak sahaja – 20 Oktober 2025 (Isnin).

Kumpulan A – Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kumpulan B – Melaka, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sebagai ringkasan, pelajar akan dapat cuti selama 4 hari bermula Sabtu hingga Selasa sempena perayaan deepavali 2025. Dengan adanya tarikh penting ini, anda boleh merancang aktiviti percutian bersama keluarga terutama yang mempunyai anak.

Untuk lebih informasi berkenaan tarikh-tarikh cuti sekolah anda boleh rujuk pada laman portal rasmi Kalendar KPM 2025

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkan, rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button