BANTUANMyKadSARA
Trending

Bantuan RM300 Setiap Bulan Dalam MyKad Untuk Kategori Ini

Bantuan RM300 Setiap Bulan dikreditkan dalam mykad untuk kategori ini, keluarga ekasih yang mempunyai anak 2 orang. Setiap keluarga miskin akan menerima bayaran RM200 sebulan dan seorang anak berumur 21 tahun keatas akan menerima bayaran RM50 sebulan.

PEMBERIAN BANTUAN RM300 MYKAD SETIAP BULAN

BANTUAN RM300 SETIAP BULAN SARA

Rakyat Malaysia akan dapat menikmati manfaat pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun 2025. Inisiatif bantuan tunai ini disalurkan secara bulanan ke dalam mykad setiap individu yang berkelayakan tanpa perlu kemukakan permohonan.

Bayaran bantuan berjumlah RM300 setiap bulan ini akan diberikan kepada keluarga ekasih yang mempunyai anak berumur 21 tahun keatas seramai 2 orang. Pengkreditan akan dilaksanakan sehingga Disember 2025 pada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kategori yang terlibat menerima bayaran bantuan mykad ini adalah belia bujang, isi rumah dan warga emas yang terdiri dari golongan B40 dan ekasih. Dengan adanya insentif khas ini rakyat dapat gunakan untuk membeli barangan keperluan asas.

KADAR BAYARAN BANTUAN MYKAD SETIAP BULAN

Berikut dikongsikan kadar bayaran bantuan mykad yang disalurkan setiap bulan mengikut kategori kelayakan :

  • Kategori isi rumah (ekasih) – RM200 sebulan / RM2100 setahun
  • Kategori isi rumah (B40) – RM100 sebulan / RM900 setahun
  • Kategori warga emas (ekasih) – RM150 sebulan / RM1650 setahun
  • Kategori warga emas (B40) – RM50 sebulan / RM450 setahun
  • Kategori bujang – RM50 sebulan / RM600 setahun.

Nota : Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk dapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini. Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, secara automatik anda layak untuk semak status bantuan.

PANDUAN SEMAK STATUS BANTUAN MYKAD

Semakan status dibuka sepanjang tahun ini kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Panduan ringkas telah disediakan seperti di bawah :

  1. Layari portal rasmi kerajaan – Sila ke halaman utama https://sara.gov.my/
  2. Butiran selengkapnya berkenaan bantuan disediakan sebagai rujukan umum
  3. Klik pada butang ”Semak Kelayakan”
  4. Masukkan no mykad dan kata laluan yang ditetapkan
  5. Status bayaran bantuan akan dipaparkan pada skrin jika anda berkelayakan.

MAKLUMAT LANJUT

Pemberian SARA ini memberi manfaat kepada lebih 5 juta penduduk Malaysia yang berkeperluan. Untuk lihat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan, anda boleh rujuk pada halaman utama!

Related Articles

Back to top button