Bantuan Bingkas B40 RM300 Sebulan, pendaftaran telah dibuka kepada orang ramai yang berkelayakan pada tahun ini.
PROGRAM BANTUAN BINGKAS B40 RM300
Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan kewangan bulanan kepada golongan B40. Program bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas ini menawarkan bantuan ewallet sebanyak RM300 sebulan.
Kepada mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran setiap bulan selama tempoh 24 bulan. Pengkreditan akan disalurkan secara berperingkat dalam bentuk e-dompet ke dalam aplikasi / kad selangkah.
Dengan adanya perlaksanaan inisiatif khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 30,000 buah keluarga. Setiap penerima boleh membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya terpilih seluruh Selangor.
MANFAAT BANTUAN BINGKAS B40
Berikut adalah kepentingan dan manfaat yang disediakan dalam program bantuan bingkas B40 pada tahun ini ;
- Menerima bayaran bantuan dalam bentuk ewallet RM300 setiap bulan
- Tempoh menerima bantuan adalah 24 bulan
- Amaun bantuan boleh digunakan di kedai panel berdaftar untuk barangan seperti keperluan asas, ubatan dan keperluan pendidikan
- Penerima perlu gunakan bantuan pada bulan semasa kerana baki bantuan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya (kredit akan ditambah ke paras RM300)
- Penerima akan menerima notifikasi pada bulan ke 22 untuk mengemaskini maklumat terkini.
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR BINGKAS B40
Sebelum kemukakan permohonan, anda perlu mematuhi syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan seperti :
- Status – Warganegara Malaysia sahaja
- Kediaman – Lahir atau menetap di negeri Selangor minimum 10 tahun
- Tanggungan – Diberi keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya 2 orang
- Pendapatan bulanan – Tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Pendaftaran pemilih – Berdaftar sebagai pemilih di Selangor.
PANDUAN DAFTAR BANTUAN BINGKAS B40
Kepada mereka yang berminat dan berkeperluan, pendaftaran dibuka dan boleh dikemukakan dengan mudah secara dalam talian. Untuk butiran lengkap dan panduan daftar, sila ke laman portal rasmiĀ https://bingkasselangor.com/
Pastikan anda sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain Bingkas terdapat banyak lagi bantuan dan kemudahan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di halaman utama!