EkonomiGaji

Perlaksanaan Sepenuhnya Gaji Minimum RM1700 Mulai 1 Ogos

Perlaksanaan sepenuhnya gaji minimum adalah merupakan langkah penting dalam memastikan kesejahteraan pekerja di Malaysia. Pada 1 Ogos 2025, gaji minimum yang ditetapkan adalah RM1700 sebulan.

Langkah ini bertujuan untuk memberikan hayat yang lebih baik kepada pekerja yang berpendapatan rendah.

PERLAKSANAAN SEPENUHNYA GAJI MINIMUM OGOS INI

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah umum Perintah Gaji Minimum (PGM) akan dinaikkan berkuat kuasa bulan Ogos ini. Semua majikan akan terlibat tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan.

GAJI MINIMUM

Gaji minimum RM1700 sebulan akan memberikan manfaat yang signifikan kepada golongan pekerja terutamanya mereka yang berada dalam sektor gaji rendah. Di samping itu, majikan juga harus bersiap sedia untuk membuat pelarasan gaji dalam bajet mereka.

Ini mungkin mendorong majikan untuk menyemak semula strategi bisnes mereka bagi mengelakkan masalah kewangan di masa akan datang. Berdasarkan perkembangan semasa, perlaksanaan sepenuhnya gaji minimum RM1700 sebulan adalah langkah yang diperlukan untuk berhadapan dengan inflasi yang meningkat.

Ia diharapkan dapat meningkatkan kualiti hidup pekerja serta merangsang ekonomi negara. Namun, kejayaan pelaksanaan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak, termasuk kerajaan, majikan, dan pekerja itu sendiri.

Semua majikan diwajibkan mematuhi perintah gaji minimum ini bagi memastikan hak pekerja dilindungi selaras dengan undang-undang. Jika gagal mematuhi perintah gaji minimum adalah satu kesalahan dibawah akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan perlaksanaan perintah gaji ini, anda boleh kemukakan kepada Jabatan tenaga kerja (JTK) seluruh negara. Atau anda boleh kemuka secara online melalui laman rasmiĀ https://www.mohr.gov.my/ Kementerian Sumber Manusia.

Back to top button