Senarai Jenama Minuman Bantuan SARA MyKasih Julai 2025

Senarai jenama minuman : Bantuan SARA MyKasih telah dilancarkan untuk membantu individu yang memerlukan dengan memberikan sumbangan dari RM50 hingga RM200 setiap bulan. Pembayaran ini dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar sehingga Disember 2025.
SENARAI JENAMA MINUMAN LAYAK (SARA)
Untuk makluman umum, pengkreditan secara terus ke dalam IC/ Mykad bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah bulan Julai telah disalurkan. Pada bulan ini beberapa kemaskini berkenaan barang yang boleh dibeli gunakan bantuan SARA telah dilakukan.
Dengan bantuan Sara MyKasih, penerima kini mempunyai akses kepada pelbagai jenama minuman yang boleh dibeli. Beberapa jenama minuman yang popular dan sesuai untuk dibeli termasuk:
- Vico
- Teh BOH
- Coca-Cola
- Fanta
- Sunquick
- Milo
- Fernleaf
- Horlicks
- Dutch Lady
- Nescafe
- Dan banyak lagi (tertakluk kepada stok kedai & pasaraya).
Jenama-jenama ini bukan sahaja dikenali di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga memberi pilihan kepada penerima untuk memilih minuman mengikut citarasa masing-masing.
Penerima Sara MyKasih dinasihatkan untuk memperhatikan kedai runcit yang terdaftar bagi memastikan bantuan mereka digunakan dengan berkesan. Dengan menggunakan sumbangan yang diterima, mereka tidak hanya dapat membeli minuman tetapi juga barangan keperluan harian lain seperti makanan dan barang dapur.
Program ini merupakan inisiatif yang baik untuk meringankan beban mereka yang dalam keadaan yang sukar, kini dengan lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan mereka.
BERAPA KADAR BAYARAN BANTUAN SARA JULAI INI?
Bayaran SARA pada bulan ini disalurkan berbeza mengikut kelayakan kategori seperti di bawah ;
- Kategori bujang : RM50
- Kategori warga emas : RM50 (B40) , RM150 (Miskin)
- Kategori isi rumah : RM100 (B40) , RM200 (Miskin).
Nota : Bantuan ini diberikan secara percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja. Jika anda merupakan penerima STR 2025, anda boleh membuat semakan status bayaran SARA melalui laman web rasmi – https://www.mykasih.com.my/
BANTUAN LAIN
Banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – CEK DISINI sebagai rujukan.