Tawaran Bantuan Biasiswa ISMP Ambilan 2025

Tawaran Bantuan Biasiswa ISMP – Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa perguruan persekutuan untuk program ijazah sarjana muda pendidikan ambilan 2025 kini dibuka. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pelajar yang bercita-cita untuk menjadi pendidik dan ingin mendapatkan sokongan kewangan dalam pengajian mereka.
TAWARAN BANTUAN BIASISWA ISMP 2025
Calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau kedua. Jika anda memenuhi syarat tersebut, kami menggalakkan anda untuk membuat permohonan secara dalam talian.
Proses permohonan ini direka untuk menjadi mudah dan mesra pengguna bagi memastikan semua calon berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan yang mereka perlukan. Peluang terbuka kepada pelajar Universiti Awam (UA) sahaja.
BIDANG PENDIDIKAN TAWARAN BIASISWA ISMP
Berikut adalah bidang-bidang yang layak dimohon dibawah biasiswa perguruan persekutuan program ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) 2025 :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Matematik
- Sejarah
- Sains dan Georafi
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Jasmani dan kesihatan
- Pendidikan seni visual
- Pendidikan khas
- Bimbingan dan kaunseling
- Teknologi dan reka bentuk
- Reka cipta
- Teknologi kimpalan dan elektronik
- Teknologi automotif dan pembinaan
- Teknologi pemesinan indrustri.
PERMOHONAN BIASISWA ISMP
Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang ini, pendaftaran dibuka dari 20 Mac 2025 sehingga 24 April 2025. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan dan menghantar permohonan anda tepat pada masanya.
Bantuan biasiswa ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga memberi dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai cita-cita mereka dalam bidang pendidikan.
Untuk panduan daftar dan maklumat lengkap, sila layari laman web rasmi KPM – BIASISWA (ISMP)
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian khas bahagian tajaan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia di – 03 83217151 / 7113 / 7138 / 7157 / 7159.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain itu terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama mereka yang berada dalam golongan B40.
Sila lihat senarai insentif-insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.