Cuti SekolahPendidikan

Jadual Cuti Sekolah 2025/2026 – Panduan Untuk Keluarga

Jadual Cuti Sekolah 2025/2026 – Untuk makluman umum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh rasmi bagi jadual cuti sekolah. Pengumuman ini penting untuk membantu keluarga merancang aktiviti cuti sekolah mereka dengan lebih teratur.

Apabila mengetahui dengan awal mengenai tarikh cuti, ia memudahkan perancangan aktiviti percutian.

MAKLUMAT JADUAL CUTI SEKOLAH 2025/2026

Jadual cuti sekolah ini dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B, yang berdasarkan negeri-negeri tertentu. Kumpulan A merangkumi negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, dan Terengganu, manakala Kumpulan B termasuk negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Melaka, Sabah, Sarawak, Penang, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur.

Pemahaman tentang pembahagian ini dapat membantu keluarga merancang perjalanan dan aktiviti persekitaran cuti dengan lebih berkesan.  Selain daripada cuti sekolah yang tetap, terdapat juga cuti khas untuk perayaan umum.

Cuti ini sering kali menjadi waktu terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan merayakan perayaan penting. Oleh itu, adalah wajar bagi ibu bapa dan penjaga untuk menyemak tarikh-tarikh ini agar dapat memaksimumkan masa cuti yang berkualiti bersama anak-anak.

TARIKH CUTI SEKOLAH 2025/2026

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat berkenaan jadual cuti sekolah yang akan dilaksanakan selepas bulan Februari ini :

KUMPULAN A (KEDAH, TERENGGANU & KELANTAN)

  • Cuti penggal pertama : 29 Mei 2025 sehingga 9 Jun 2025
  • Cuti Penggal kedua : 12 September 2025 sehingga 20 September 2025
  • Cuti Akhir sesi persekolahan : 19 Disember 2025 sehingga 10 Januari 2026.

KUMPULAN B (NEGERI LAIN)

  • Cuti penggal pertama : 29 Mei 2025 sehingga 9 Jun 2025
  • Cuti penggal kedua : 13 September 2025 sehingga 21 September 2025
  • Cuti akhir tahun sesi persekolahan : 20 Disember 2025 sehingga 11 Januari 2026.

JADUAL CUTI UMUM SEMPENA PERAYAAN TAHUN 2025

  • Raya aidilfitri : 30 Mac 2025 sehingga 4 April 2025
  • Deepavali : 19 Oktober 2025 sehingga 22 Oktober 2025.

Nota : Dengan adanya tarikh-tarikh penting ini, setiap isi rumah boleh membuat perancangan awal untuk bercuti bersama anak-anak. Untuk lebih info berkenaan jadual cuti umum, sila kunjungi laman utama – CUTI UMUM KPM 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Back to top button