Kad Kredit Bank Rakyat Patuh Syariah untuk Golongan Muda
Kad Kredit Bank Rakyat patuh syariah yang inovatif, dikenali sebagai My First Credit Card-i, yang ditujukan khas kepada golongan belia di seluruh Malaysia. Produk ini dirancang khusus untuk membantu generasi muda yang baru memulakan kerjaya mereka, memberikan fleksibiliti dan kemudahan dalam pengurusan kewangan.
KAD KREDIT BANK RAKYAT PATUH SYARIAH
Sempena Muslimah Fest 2024 yang dianjurkan selama tiga hari dari 20 hingga 23 Disember 2024. Bank Rakyat menyasarkan untuk menerima sebanyak 2,500 permohonan baharu bagi My First Credit Card-i.
Festival yang julung kali diadakan ini akan menghimpunkan sekitar 70 jenama fesyen terkenal dari dalam dan luar negara. Program ini menjadikannya satu platform yang mesra untuk golongan muda.
My First Credit Card-i direka khusus untuk pengguna kali pertama. Dengan kad ini, pengguna muda dapat mengembangkan kebolehan pengurusan kewangan mereka sambil menikmati pelbagai faedah seperti kemudahan pembayaran dan potongan harga di pelbagai kedai terpilih.
Program ini diharapkan dapat memupuk kesedaran kewangan yang lebih baik di kalangan masyarakat muda, serta mendorong mereka untuk menggunakan kredit dengan bijak. Kad ini menawarkan pelbagai kelebihan seperti :
- Pelan ansuran 0 peratus dengan pembelian serendah RM500
- Pilihan ansuran 6, 12 atau 25 bulan.
Produk seperti ini bukan sahaja melengkapkan gaya hidup kewangan generasi belia bahkan juga menyokong agenda kerajaan kearah masyarakat budaya tanpa tunai. Perlaksanaan kad ini mengekalkan ciri patuh syariah yang menjadi tunjang kepada semua produk Bank Rakyat.
Jika anda berminat, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian. Panduan lengkap dan cara daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi – Bank Rakyat untuk rujukan lengkap.