BANTUANMITRAPendidikan

Bantuan MITRA RM2000 : Untuk 12,400 Pelajar B40

Bantuan MITRA RM2000 : Seramai 12,400 pelajar dari golongan B40 berbangsa India akan menerima bantuan awal kemasukan IPT melalui Program IPT 4.0. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar yang layak dan memberikan sokongan kepada mereka yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

INISIATIF BANTUAN MITRA RM2000 & RM3000

Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) telah memperuntukkan sebanyak RM25 juta untuk program ini. Pengerusi MITRA, P. Prabakaran, mengesahkan bahawa mereka telah menerima 12,000 permohonan dari seluruh negara.

Fasa saringan akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa bantuan ini sampai kepada yang benar-benar layak, memberikan keadilan kepada semua pihak. Pembayaran bantuan untuk fasa pertama akan diberikan sebanyak RM2,000 bagi pelajar biasa dan RM3,000 bagi mereka yang mempunyai keperluan khas (OKU).

Pembayaran ini akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pelajar yang layak. Proses penyaluran bantuan ini akan dilakukan secara berperingkat mulai minggu hadapan.

Perlaksanaan insentif one-off ini dengan harapan dapat memberikan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.

Pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan kepada pelajar terutama yang pelajar IPT telah disediakan. Hal ini untuk membantu mengurangkan beban keluarga dan pelajar dalam bidang pendidikan.

Untuk ketahui lebih lanjut program dan bantuan yang disediakan, sila kunjungi laman rasmi – MITRA GOV sebagai rujukan umum masyarakat. Segala maklumat berkenaan pembiayaan atau bantuan untuk pelajar Malaysia akan dikemaskini dari semasa semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button