BANTUANPelajarPendidikanSubsidi

Bantuan Subsidi RM300 untuk Pelajar IPT Dalam Negeri

Bantuan subsidi RM300 yang diumumkan oleh kerajaan negeri Sabah merupakan inisiatif penting bagi para pelajar. Mereka yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang mendapatkannya.

Dengan tujuan untuk meringankan beban pelajar, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Insentif sekali bayar ini adalah sebagai sokongan kewangan untuk pulang ke kampung sempena perayaan.

BANTUAN SUBSIDI RM300 ONE-OFF

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menegaskan bahawa bantuan khas ini ditujukan kepada pelajar IPTA dan IPTS yang berada di dalam neger. Ini termasuk mereka yang belajar di kawasan seperti Kota Kinabalu tetapi berasal dari daerah seperti Tawau atau Sandakan.

Bantuan subsidi ini membantu mereka dalam pembelian tiket bas atau kapal terbang bagi pulang ke kampung. Program insentif berskala sekali bayar ini merupakan salah satu langkah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berilmu.

Khususnya dalam kalangan golongan belia. Sebelum ini, pada bulan Ramadhan, bantuan sebanyak RM600 juga telah diberikan kepada pelajar Sabah di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak, dan Labuan.

Inisiatif ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk menyokong pendidikan dan kesejahteraan para pelajar. Bukan itu sahaja, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan biasiswa yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini.

Kalian boleh membuat semakan secara online senarai inisiatif yang disediakan dan bersesuaian untuk dimohon. Untuk rujukan lengkap, sila layari laman rasmi biasiswa KPT – https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/ untuk informasi selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button