Program Latihan Khidmat Negara 2025 : Syarat Kelayakan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk melatih dan membentuk generasi muda di Malaysia. Semakan kelayakan bagi program ini secara online akan dibuka kepada umum tidak lama lagi, memberikan peluang kepada individu berumur 35 tahun dan ke bawah untuk menyertai program berimpak tinggi ini.
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Diumumkan bahawa siri 3.0 program PLKN akan dilaksanakan pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. Inisiatif ini diharapkan akan memperkukuhkan nilai-nilai perpaduan dan disiplin dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dengan langkah ini, pihak kerajaan berkomitmen untuk menyediakan platform yang dapat memperkasakan belia dan menyuntik semangat patriotisme. Tujuan utama program ini dilancarkan semula adalah bagi melahirkan dan memperkasakan jati diri generasi sekarang.
Program ini dapat memupuk semangat cintakan tanah air terutama golongan belia muda di seluruh negara ini. Tempoh menjalani latihan PLKN ini adalah 3 bulan dan tarikh rasmi bermulanya akan dimaklumkan nanti.
Program ini akan memberikan manfaat kepada peserta yang terlibat, seperti pendedahan kepada latihan kemahiran, aktiviti fizikal, dan program pembangunan diri.
Semakan kelayakan adalah langkah awal yang penting bagi mereka yang berminat untuk menyertai PLKN. Kami menyarankan semua untuk mengambil perhatian terhadap maklumat terkini mengenai program ini, agar tidak terlepas peluang menyertai PLKN yang penuh makna dan membina karakter.
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Antara syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan menjadi calon program ini adalah seperti berikut :
- Berstatus warganegara Malaysia
- Peringkat sekolah (fasa latihan pra PLKN)
- Berumur 17 tahun dan keatas (fasa latihan asas)
- Berumur 35 tahun kebawah (fasa latihan lanjutan)
Nota : Perlaksanaan program PLKN ini akan mula dilancarkan pada tahun hadapan secara menyeluruh.
Maklumat ringkas diatas adalah berdasarkan laman rasmi kerajaan, untuk rujukan lanjut sila kunjungi laman web – JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis kemudahan, program dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.